APA ITU LOCK LORI?

LOCK LORI ialah promosi khas Pemborong Kasut Bundle Ayoasia yang diadakan hanya apabila lori stok baharu tiba di gudang kami. Pada waktu tersebut, Ayoasia akan mengadakan Facebook Live secara langsung, memberi peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan kasut bundle pada harga diskaun dengan PENJIMATAN RM200.

Harga promosi hanya sah semasa Facebook Live berlangsung dan akan tamat sebaik sahaja Live berakhir. Sekiranya terlepas sesi LOCK LORI, harga akan kembali kepada harga biasa dan promosi ini hanya akan diadakan semula apabila lori seterusnya tiba.